Adakah patut letak title blog as Miss Teng? Orang panggil saya Anis/Nisa tapi bukan Teng. Tapi macam best letak Teng. Cool gila woi. Ke aku seorang sahaja yang merasakan nama itu cool? *kejap saya, kejap aku, pe kejadah la kennnn.*
Ok. Sedikit sejarah.
Dulu, aku punya blog tapi disebabkan berbulan tidak menulis dek rasa malas yang melampau jadi akhirnya ku menekan button delete.
Sekarang, aku rasa macam nak buat blog semula kerana aku rasa kawan2 blogger yang aku baru kenal semasa menjadi bridesmaid blogger yang pemesamos iaitu @HudaLunaHussinAlSagoff semuanya cool2, comel2, sweet2 belaka.
Sekarang, aku rasa macam nak buat blog semula kerana aku rasa kawan2 blogger yang aku baru kenal semasa menjadi bridesmaid blogger yang pemesamos iaitu @HudaLunaHussinAlSagoff semuanya cool2, comel2, sweet2 belaka.
Makanya,
Tercipta lah satu blog bernama Miss Teng yang ber'url' kan msnieysa.blogspot.com seiring dengan nama twitter saya iaitu @msnieysa.
About Little Princess (macam zaman2 tulis biodata dalam buku biodata kawan dulu) *muntah sikit*
Nama diberi: Tengku Nur Anisa Tengku Sallehuddin ( tapi saya bukan anak raja/tan sri/dato'/datin/nenek/opah/dll) Kami datang dari kampung. hahaha.
Tempat Lahir: Terengganu, sekarang menetap di Kuantan, Pahang bersama family.
Umur: Tahun ini 22 tahun
Salam perkenalan kepada semua blogger2. Anneyeong!
p/s: Saya harap saya tidak terlambat untuk join korang. hee :)
do read mine! ;p
ReplyDelete